Wednesday 1 August 2012

Konsep Hijrah


Hijrah adalah perkataan Arab yang bermaksud pindah. Perpindahan itu mungkin berlaku dari satu tempat ke satu tempat lain. Jika dikaitkan dengan Hijrah orang Islam. Hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baharu untuk menyebarkan Islam.Pengertian-pengertian lain pula ialah satu konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
      
       Orang Islam yang tinggal di Makkah telah menerima penghinaan dan penentangan yang hebat daripada pihak Quraisy. Oleh itu pada tahun ke-5 setelah kerasulan Nabi, Nabi telah mengizinkan beberapa kumpulan orang Islam berhijrah ke Habsyah.Orang Islam memilih untuk berhijrah ke Habsyah kerana inginkan perlindungan dan rajanya adil. Dalam sejarah Islam, penghijrahan ke Habsyah ini tidak dianggap penting kerana bilangan orang yang berhijrah tidak ramai dan ada tidak kekal di sana. Peristiwa hijrah orang Islam dari Makkah ke Madinah berlaku pada 12 September 622 M, bersamaan 1 Rabiulawal tahun 1 Hijrah.

       Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:

-Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
-Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.
-Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
-Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua  golongan penduduk Madinah.

No comments:

Post a Comment