Wednesday 1 August 2012

Kepentingan Hijrah


Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu.

Hijrah turut memberi peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj. Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.

Selain itu, mempunyai perbezaan dari segi keddukan ekonomi dan sosial. Nabi Muhammad s.a.w memberikan gelaran Muhaijirin ( Daripada perkataan Arab hajara yang bermakna berpindah )  kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhaijirin digelar Ansar ( Daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong ).

Hijrah telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Masyarakat dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Apabila masyarakat tidak perpaduan, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tentu akan gagal.

Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina ialah Masjid Quba’. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah. Di kawasan persekitaran masjid, orang Islam juga boleh mengadakan aktiviti harian seperti jual-beli.

Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim ini digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab. Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Perubahan ini menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Hijrah juga menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dlam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Merka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong seharusnya untuk membangunkan negara.

Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Abu Bakar al-Siddiq, sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah. Ali bin Abu Talib pula sanggup tidur di tempat tidur baginda untuk mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda. Abdul Rahman bin Auf, saudagar yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan.

Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah. Contohnya, puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma’. Beliau berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur.

Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Baginda juga tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.

Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu Gua Thur. Baginda memilih jalan lain.

Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa orang Arab Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah. Oleh itu, baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah. Sebaik-baik berhijrah, iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinama Piagam Madinah.

No comments:

Post a Comment