Hijrah adalah perkataan Arab
yang bermaksud pindah. Perpindahan
itu mungkin berlaku dari satu tempat ke satu tempat lain. Jika dikaitkan dengan
Hijrah orang Islam. Hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi
baharu untuk menyebarkan Islam.Pengertian-pengertian lain pula ialah satu
konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau
kejahatan.
Orang Islam yang tinggal di Makkah telah menerima penghinaan
dan penentangan yang hebat daripada pihak Quraisy. Oleh itu pada tahun ke-5
setelah kerasulan Nabi, Nabi telah mengizinkan beberapa kumpulan orang Islam
berhijrah ke Habsyah.Orang Islam memilih untuk berhijrah ke Habsyah kerana
inginkan perlindungan dan rajanya adil. Dalam sejarah Islam, penghijrahan ke
Habsyah ini tidak dianggap penting kerana bilangan orang yang berhijrah tidak
ramai dan ada tidak kekal di sana .
Peristiwa hijrah orang Islam dari Makkah ke Madinah berlaku pada 12 September
622 M, bersamaan 1 Rabiulawal tahun 1 Hijrah.
Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:
-Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
-Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.
-Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
-Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

No comments:
Post a Comment