Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah
dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah
seruan terhadap Islam sering terganggu.
Hijrah turut memberi peluang kepada baginda untuk
mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan
Khazraj. Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara
orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui
sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam
Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam
masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.
Selain itu, mempunyai perbezaan dari segi keddukan
ekonomi dan sosial. Nabi Muhammad s.a.w memberikan gelaran Muhaijirin ( Daripada perkataan Arab hajara yang bermakna berpindah ) kepada
orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang
memberi bantuan kepada Muhaijirin digelar Ansar ( Daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong ).
Hijrah telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah
yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan telah
melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Masyarakat dapat menjalankan
kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan
kemakmuran hidup. Apabila masyarakat tidak perpaduan, matlamat dan visi
masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tentu
akan gagal.
Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah
masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina
ialah Masjid Quba’. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan
belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah. Di
kawasan persekitaran masjid, orang Islam juga boleh mengadakan aktiviti harian
seperti jual-beli.
Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim
Islam. Takwim ini digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua,
Khalifah Umar bin al-Khattab. Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukarkan nama
Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota
bercahaya. Perubahan ini menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan
agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik,
ekonomi dan sosial.
Hijrah juga menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum
dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dlam konteks hijrah
ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang
Islam Makkah yang berhijrah. Merka sanggup memberikan tempat tinggal,
menyediakan makanan dan keperluan asas, serta menerima orang Islam Makkah
sebagai saudara. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama, dan
tolong-menolong seharusnya untuk membangunkan negara.
Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan
sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Abu Bakar al-Siddiq, sanggup
bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah.
Ali bin Abu Talib pula sanggup tidur di tempat tidur baginda untuk mengelirukan
orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda. Abdul Rahman bin Auf, saudagar
yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang
tidak berkemampuan.
Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa
wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah.
Contohnya, puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma’. Beliau berjaya membantu perjuangan
Nabi Muhammad s.a.w apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan
dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad
s.a.w di Gua Thur.
Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa
Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan
hidup demi memperjuangkan Islam. Baginda juga tidak pernah berputus asa apabila
menempuh kegagalan.
Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat
ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu Gua Thur. Baginda memilih jalan
lain.
Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa orang Arab
Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah. Oleh itu,
baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah. Sebaik-baik
berhijrah, iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka
sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinama Piagam Madinah.
No comments:
Post a Comment