Pada 1 Rabiulawal bersamaan
12 September tahun 622M, berlaku peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke
Madinah. Penghijrahan berlaku secara berperingkat – peringkat dan sulit. Nabi
Muhammad s.a.w. berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq. Umar al-Khattab pula
berhijrah secara bersendirian.
SEJARAH: Hijrah dan Piagam Madinah
Wednesday, 1 August 2012
Konsep Hijrah
Hijrah adalah perkataan Arab
yang bermaksud pindah. Perpindahan
itu mungkin berlaku dari satu tempat ke satu tempat lain. Jika dikaitkan dengan
Hijrah orang Islam. Hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi
baharu untuk menyebarkan Islam.Pengertian-pengertian lain pula ialah satu
konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau
kejahatan.
Orang Islam yang tinggal di Makkah telah menerima penghinaan
dan penentangan yang hebat daripada pihak Quraisy. Oleh itu pada tahun ke-5
setelah kerasulan Nabi, Nabi telah mengizinkan beberapa kumpulan orang Islam
berhijrah ke Habsyah.Orang Islam memilih untuk berhijrah ke Habsyah kerana
inginkan perlindungan dan rajanya adil. Dalam sejarah Islam, penghijrahan ke
Habsyah ini tidak dianggap penting kerana bilangan orang yang berhijrah tidak
ramai dan ada tidak kekal di sana .
Peristiwa hijrah orang Islam dari Makkah ke Madinah berlaku pada 12 September
622 M, bersamaan 1 Rabiulawal tahun 1 Hijrah.
Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:
-Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
-Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.
-Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
-Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.
Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:
-Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
-Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.
-Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
-Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.
Sebab dan Tujuan Hijrah
Hijrah yang berlaku dalam
sejarah berkembangan Islam mempunyai sebab – sebab tertentu. Pertama,
disebabkan perintah Allah s.w.t., kedua tentangan daripada orang Arab Quraisy,
ketiga, ia merupakan satu strategi untuk mencapai kejayaan dan keempat,
jemputan orang Madinah.
Tentangan hebat daripada orang Arab Quraisy telah menyebabkan
orang Islam berasa tertekan dan terseksa. Pada peringkat awal, Nabi Muhammad
s.a.w. meminta mereka bersabar. Walau bagaimanapun, Allah telah menurunkan ayat
al-Quran yang meminta Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam berhijrah (surah al-Anfal).
Faktor perintah Allah supaya berhijrah, merupakan factor utama berlakunya
hijrah.
Penghijrahan ini juga bukan merupakan satu kekecewaan bagi
orang Islam, tetapi ia merupakan satu strategi dalam menyampaikan dakwah. Di
Makkah, Islam kurang mendapat sambutan, oleh itu satu tempat baharu perlu
dicari bagi meneruskan penyebaran Islam.
Kedatangan orang Madinah (suku Aus dan Khazraj) dan seterusnya
memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dan Aqabah Kedua telah mempercepatkan
proses penghijrahan tersebut. Ini disebabkan orang Madinah (Aus dan Khazraj)
telah menyediakan satu tempat tinggal dan menjamin keselamatan orang Islam yang
berhijrah.
Kepentingan Hijrah
Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah
dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah
seruan terhadap Islam sering terganggu.
Hijrah turut memberi peluang kepada baginda untuk
mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan
Khazraj. Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara
orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui
sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam
Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam
masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.
Selain itu, mempunyai perbezaan dari segi keddukan
ekonomi dan sosial. Nabi Muhammad s.a.w memberikan gelaran Muhaijirin ( Daripada perkataan Arab hajara yang bermakna berpindah ) kepada
orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang
memberi bantuan kepada Muhaijirin digelar Ansar ( Daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong ).
Hijrah telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah
yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan telah
melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Masyarakat dapat menjalankan
kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan
kemakmuran hidup. Apabila masyarakat tidak perpaduan, matlamat dan visi
masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tentu
akan gagal.
Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah
masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina
ialah Masjid Quba’. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan
belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah. Di
kawasan persekitaran masjid, orang Islam juga boleh mengadakan aktiviti harian
seperti jual-beli.
Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim
Islam. Takwim ini digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua,
Khalifah Umar bin al-Khattab. Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukarkan nama
Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota
bercahaya. Perubahan ini menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan
agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik,
ekonomi dan sosial.
Hijrah juga menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum
dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dlam konteks hijrah
ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang
Islam Makkah yang berhijrah. Merka sanggup memberikan tempat tinggal,
menyediakan makanan dan keperluan asas, serta menerima orang Islam Makkah
sebagai saudara. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama, dan
tolong-menolong seharusnya untuk membangunkan negara.
Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan
sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Abu Bakar al-Siddiq, sanggup
bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah.
Ali bin Abu Talib pula sanggup tidur di tempat tidur baginda untuk mengelirukan
orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda. Abdul Rahman bin Auf, saudagar
yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang
tidak berkemampuan.
Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa
wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah.
Contohnya, puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma’. Beliau berjaya membantu perjuangan
Nabi Muhammad s.a.w apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan
dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad
s.a.w di Gua Thur.
Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa
Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan
hidup demi memperjuangkan Islam. Baginda juga tidak pernah berputus asa apabila
menempuh kegagalan.
Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat
ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu Gua Thur. Baginda memilih jalan
lain.
Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa orang Arab
Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah. Oleh itu,
baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah. Sebaik-baik
berhijrah, iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka
sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinama Piagam Madinah.
Gambaran masjid quba pada 1325 hijrah.
Gambaran lama masjid quba.
Gambar-gambar Masjid Quba kini.
=========================================================================================
Gambar-gambar Masjid al-Nabawi kini.
===================================================================
Gambar ini merupakan Ansar dan Muhaijirin.
Gambar ini merupakan Ansar menolong Muhaijirin.
Piagam Madinah
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M., berpandukan wahyu Allah. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Piagam ini mencatat tentang peraturan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhairijin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain).
Ini ialah Piagam Madinah.
Subscribe to:
Posts (Atom)