Wednesday 1 August 2012

Hijrah


Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M, berlaku peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah. Penghijrahan berlaku secara berperingkat – peringkat dan sulit. Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq. Umar al-Khattab pula berhijrah secara bersendirian.

Konsep Hijrah


Hijrah adalah perkataan Arab yang bermaksud pindah. Perpindahan itu mungkin berlaku dari satu tempat ke satu tempat lain. Jika dikaitkan dengan Hijrah orang Islam. Hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baharu untuk menyebarkan Islam.Pengertian-pengertian lain pula ialah satu konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
      
       Orang Islam yang tinggal di Makkah telah menerima penghinaan dan penentangan yang hebat daripada pihak Quraisy. Oleh itu pada tahun ke-5 setelah kerasulan Nabi, Nabi telah mengizinkan beberapa kumpulan orang Islam berhijrah ke Habsyah.Orang Islam memilih untuk berhijrah ke Habsyah kerana inginkan perlindungan dan rajanya adil. Dalam sejarah Islam, penghijrahan ke Habsyah ini tidak dianggap penting kerana bilangan orang yang berhijrah tidak ramai dan ada tidak kekal di sana. Peristiwa hijrah orang Islam dari Makkah ke Madinah berlaku pada 12 September 622 M, bersamaan 1 Rabiulawal tahun 1 Hijrah.

       Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:

-Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
-Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.
-Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
-Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua  golongan penduduk Madinah.

Gua Thur




Sebab dan Tujuan Hijrah


Hijrah yang berlaku dalam sejarah berkembangan Islam mempunyai sebab – sebab tertentu. Pertama, disebabkan perintah Allah s.w.t., kedua tentangan daripada orang Arab Quraisy, ketiga, ia merupakan satu strategi untuk mencapai kejayaan dan keempat, jemputan orang Madinah.

       Tentangan hebat daripada orang Arab Quraisy telah menyebabkan orang Islam berasa tertekan dan terseksa. Pada peringkat awal, Nabi Muhammad s.a.w. meminta mereka bersabar. Walau bagaimanapun, Allah telah menurunkan ayat al-Quran yang meminta Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam berhijrah (surah al-Anfal). Faktor perintah Allah supaya berhijrah, merupakan factor utama berlakunya hijrah.

       Penghijrahan ini juga bukan merupakan satu kekecewaan bagi orang Islam, tetapi ia merupakan satu strategi dalam menyampaikan dakwah. Di Makkah, Islam kurang mendapat sambutan, oleh itu satu tempat baharu perlu dicari bagi meneruskan penyebaran Islam.
      
       Kedatangan orang Madinah (suku Aus dan Khazraj) dan seterusnya memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dan Aqabah Kedua telah mempercepatkan proses penghijrahan tersebut. Ini disebabkan orang Madinah (Aus dan Khazraj) telah menyediakan satu tempat tinggal dan menjamin keselamatan orang Islam yang berhijrah.

Kepentingan Hijrah


Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu.

Hijrah turut memberi peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj. Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.

Selain itu, mempunyai perbezaan dari segi keddukan ekonomi dan sosial. Nabi Muhammad s.a.w memberikan gelaran Muhaijirin ( Daripada perkataan Arab hajara yang bermakna berpindah )  kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhaijirin digelar Ansar ( Daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong ).

Hijrah telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Masyarakat dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Apabila masyarakat tidak perpaduan, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tentu akan gagal.

Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina ialah Masjid Quba’. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah. Di kawasan persekitaran masjid, orang Islam juga boleh mengadakan aktiviti harian seperti jual-beli.

Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim ini digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab. Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Perubahan ini menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Hijrah juga menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dlam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Merka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong seharusnya untuk membangunkan negara.

Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Abu Bakar al-Siddiq, sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah. Ali bin Abu Talib pula sanggup tidur di tempat tidur baginda untuk mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda. Abdul Rahman bin Auf, saudagar yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan.

Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah. Contohnya, puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma’. Beliau berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur.

Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Baginda juga tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.

Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu Gua Thur. Baginda memilih jalan lain.

Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa orang Arab Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah. Oleh itu, baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah. Sebaik-baik berhijrah, iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinama Piagam Madinah.


Gambaran masjid quba pada 1325 hijrah.


Gambaran lama masjid quba.





Gambar-gambar Masjid Quba kini.

=========================================================================================





Gambar-gambar Masjid al-Nabawi kini.

===================================================================


Gambar ini merupakan Ansar dan Muhaijirin.



Gambar ini merupakan Ansar menolong Muhaijirin.

Piagam Madinah

Piagam Madinah atau  Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M., berpandukan wahyu Allah. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Piagam ini mencatat tentang peraturan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhairijin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain).



Ini ialah Piagam Madinah.

Kandungan Piagam Madinah


Sahifah Madinah/ Piagam Madinah

- perlembagaan yang bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w
- berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t
- asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah ( terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam)
- mencatatkan peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyat
- dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk orang Islam Madinah ( terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar, kaum Yahudi dan suku Arab yang lain)
- lengkap, menyeluruh, mengambil kira kepentingan semua kaum


Kepentingan Piagam Madinah ( disetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam)
- mengandungi 47 fasal ( dibahagikan kepada 2 bahagian)
•     23 fasal- membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggunjawab mereka
•     24 fasal- mengenai tanggungjawab orang bukan Islam ( Yahudi) terhadap negara Madinah
perlembagaan pertama yang digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat
- dirumuskan kepada 7 bahagian
•      politik
•      agama
•      sosial
•      perundangan
•      ekonomi
•      pertahanan
•      kedudukan Yahudi


- Politik dan Pentadbiran
Semua rakyat bersetuju bahawa
Nabi Muhammad s.a.w = pemimpin kerajaan Madinah, ketua hakim
- ketua hakim: menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berlandaskan semangat musyawarah dan keadilan 


- Agama
• masyarakat bebas memilih agama
• Nabi Muhammad s.a.w menghormati agama yang dianuti ohleh setiap individu
• buruk sangka terhadap agama lain dilarang
contoh: orang Yahudi bebas mengamalkan agama mereka


- Sosial
• masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
• perlu hidup bersatu padusaling membantu dan bekerjasama tanpa mengira kaum dan bangsa
• perasaan benci-membenci dan mementingkan diri sendiri dielakkan


- Perundangan
• Undang-undang Islam dipakai secara menyeluruh di Madinah
• peraturan kekeluargaan yang bersesuaian boleh diamalkan oleh masyarakat Madinah
• mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang adil 


- Ekonomi
• tiada sebarang diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi
• melarang riba dan penindasan dalam mengendalikan urusan perniagaan
• rakyat wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh demi kesejahteraan rakyat


- Kedudukan orang Yahudi diperakui 
• sama hak dengan masyarakat Madinah yang lain untuk menikmati keselamtan dan kebebasan
• kedudukan terjamin dan selamat jika mereka mematuhi Piagam Madinah
• dilarang bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru-hara.

Kepentingan Piagam Madinah

Kerajaan Islam Madinah
- model kepada negara-negara Islam yang lain untuk menjalankan pemerintahan berasaskan Islam
- membuktikan bahawa unsur-unsur Islam boleh diamalkan dalam negara dan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
- kepintaran Nabi Muhammad s.a.w berjaya mengaturkan sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi aspek duniawi dan akhirat


- peraturan berkaitan dengan ekonomi membolehkan ekonomi kerajaan Islam Madinah berkembang pesat
• amalan riba, penipuan, penindasan dan rasuah tidak dibenarkan
• amalan bersedekah dan sifat bertimbang rasa digalakkan 
• elemen keadilan dan ketelusan dalam perniagaan dipentingkan


- mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, aman, damai dan harmoni
• semangat ukhuwah Islamiah ( semangat persaudaraan sesama orang Islam ) ditegaskan
• keadaan sosial diamalkan ( semua rakyat diberi taraf, hak dan kedudukan yang sama)
semangat perpaduan, saling membantu dan kerelaan berkorban demi negara dipupuk


- membolehkan syariah Islam yang adil dan tidak pilih kasih diperkenalkan
- membolehkan sistem perundangan yang boleh diikuti semua masyarakat


- Perbezaan Nabi Muhammad s.a.w mendirikan sebuah negara dengan pemimpin negara lain
• menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan sebuah kerajaan
• masyarakat Madinah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan
Allah s.w.t sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem pemerintahan


- masyarakat yang sistematik dibentuk
• hak yang sama bagi semua bangsa yang menetap di Madinah
• peraturan dan cara hidup yang dijadikan panduan masyarakat harus dipatuhi
• penindasan terhadap kaum yang lain tidak dibenarkan
• pertahanan negara ialah tanggungjawab semua rakyat


- kejayaan kerajaan Madinah mengamalkan Piagam Madinah membolehkannya menjadi sebuah negara yang kuat dan disegani negara lain